- 1. BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS
- 2. Pengenalan:Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Iamerupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas.Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan danpengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakanrakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. AhliPandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahamanterhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakarangrafik atau bantuan visual. (1) Jenis-jenis Buku Log (a) Buku Log Peribadi Buku Log ini mengandungi: • Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan • Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat) • Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat) (b) Buku Log Kemajuan Buku Log ini mengandungi: (i) Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas (ii)Laporan Lencana kecekapan (c) Buku Log Acara Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai Contoh acara adalah seperti: (i) Perkhemahan/ Cuti pasukan (ii) Khidmat (iii) Lain-lain projek (2) Ciri-Ciri Buku Log Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pastikan: (a) Bahan-bahan disusun kemas (b) Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat (c) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan (d) Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan (e) Keaslian dan kreativiti amat digalakkan
No comments:
Post a Comment